This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 29 October 2012

muat turun bm

Rancangan Tahunan Tahun 2 untuk sjkc


Sunday 28 October 2012

karya murid - teks syarahan


Cincin suasa cincin pusaka,
Disimpan rapi dalam peti;
Cintai negara sayangi bangsa,
kekalkan perpaduan tanpa sangsi.
Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri di atas paksi keadilan, guru-guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang saya muliakan.  “ SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN “, demikianlah bunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia ini.

Hadirin sekalian,

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita akan jadikan Malaysia sebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan Berjaya”. Begitulah kata Dato seri najib tun razak selaku perdana menteri Malaysia keenam negara kita yang faham akan secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.


Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.


Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalam konsep satu Malaysia ini.  Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapan nilai ini telah menjadi asas kepada satu Negara satu bangsa.  
                               

Para hadirin,

Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan.  Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi keturunan dan keagamaan, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah keharmonian di antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita. Semangat kejiranan yang kukuh penyumbang kepada keamanan masyarakat.  Tambahan pula, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip kedua rukun Negara kita. Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang menyimbolkan penyatuan rakyat.


Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan.  Apabila kita menyebut toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapi tetap menerimanya kerana kita tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu secara positif.  Penerimaan dari segi kita bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerima sebarang perkara, kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka dengan kepastian kita akan dapat melihat kepada semua perkara secara lebih positif.  Oleh hal yang sedemikian, dengan nilai penerimaan ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut menerima konsep satu Malaysia secara positif.


Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Pendidikan yang disepadukan dengan nilai, kita akan memiliki sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi selama ini.


Saudara-saudari,

'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada.  Tidak ada satu bangsa hebat di dunia ini yang mampu mencapai klimaks kehebatan dengan bangsanya yang berpecah-belah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafikan. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.


Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuhkan kefahaman prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit terbaik yang kita miliki ada di bumi bertuah Malaysia ini.  Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.


Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin  dan memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.


Para hadirin yang saya hormati, 

Sebagai rumusan, setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian satu bangsa satu Negara.

Sekian terima kasih.



Teks ini pernah digunakan dalam pertandingan pidato 2009 dan 2010 di.mana dapat merangkul johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah oleh murid Lee Yu Qian

Teks ini juga pernah digunakan dalam pertandingan syarahan 2009 dan 2010 dimana dapat merangkul johan dalam pertandingan syarahan sjkc dan sjkt peringkat negeri oleh murid Lee Yu Qian 

detik sejarah sekolah

Hari kanak-kanak 27/10/2012

cadangan para peninjau

Kepada para peninjau, apa-apa cadangan daripada anda semua adalah dialu-alukan.  Dengan harapan, saya dapat menambahbaikkan blogger saya.

panitia BM sjkc shang wu